Apabila pori-pori anda tersumbat, bakteria penyebab jerawat yang biasa didapati pada kulit manusia boleh berganda di dalam pori-pori dan menyebabkan jerawat terbentuk. Protein Foaming Cleanser dan pelembap OLUMES telah dirumus khas agar tidak komedogenik (tidak akan menyumbat pori-pori).
Adakah pH pencuci perlu bersifat neutral untuk dikategorikan lembut?
Disebabkan permukaan kulit agak berasid, pH pencuci yang digunakan perlu seimbang. Manakala, sabun lebih bersifat alkali dan oleh itu boleh menanggalkan lapisan asid kulit asal yang penting. Produk OLUMES mempunyai pH seimbang dan mencuci dengan lembut
Mengapakah produk OLUMES sesuai untuk kulit sensitif?
Walaupun mempunyai rangkaian produk untuk tujuan berbeza-beza, OLUMES menggunakan formulasi yang memperkukuh atau memelihara lapisan pelindungan semulajadi kulit. Produk-produk ini turut diformulasi dengan kadar pH yang menyeimbangi nisbah asid-alkali kulit. OLUMES turut memastikan hanya bahan-bahan
berkualiti tinggi digunakan di samping memastikan formulasi produk OLUMES bebas wangian dan alahan. Ini menjadikan OLUMES ideal untuk kegunaan harian termasuk untuk kulit sensitif.
Bolehkah penggunaan produk OLUMES dicampur dengan jenis produk yang lain?
Boleh Jika produk tersebut juga adalah dari bahan semulajadi dan tidak menggunakan bahan kimia. Jika produk tersebut menggunakan bahan kimia berdasarkan sesi soal jawab tentang history produk pelanggan – tidak disarankan digunakan sekali bersama OLUMES.
Sekiranya pelanggan menggunakan produk mempunyai bahan kimia tapi ingin bertukar kepada produk semulajadi seperti OLUMES, apa yg perlu disarankan?
Sebaiknya minta pelanggan rehatkan kulit wajah selama seminggu atau 2 minggu tanpa menggunakan produk kecantikan dan
setelah tempoh jangka masa tersebut, baru sarankan penggunaan OLUMES.
Bagaimana produk OLUMES boleh meningkatkan kepercayaan pelanggan untuk mencuba OLUMES?
Produk OLUMES adalah produk premium yang telah pun diuji secara saintifik dan telah terbukti berkesan dalam membantu membaiki tekstur kulit dengan cara menggalakkan penghasilan collagen, membantu melembabkan serta khasiat KALALIT ekstrak membantu proses anti oksidan serta anti penuaan
OLUMES adalah produk berasarkan bahan aktif semulajadi dan tidak mengandungi kimia yang merbahaya, ianya tidak menyebabkan iritasi pada kulit selain hypoallergenic (tidak menyebabkan allergy) dan produk OLUMES bersifat non comedogenic (tidak akan menyebabkan pori2 terhalang /tersumbat/blockage selepas penggunaan.