Set Penemuan OLUMES

Mengapa Kami Percaya Pada Clean Beauty

Definisi ‘Clean Beauty’ kami lebih daripada memilih bahan bahan selamat untuk produk kami, tetapi juga memberi tumpuan kepada bagaimana bahan ramuan ini dapat mempengaruhi alam sekitar secara keseluruhan. Kami tidak akan menggunakan bahan yang boleh memudaratkan kulit anda atau juga persekitaran berharga kita – kami mahu melindungi kedua-duanya dengan segala cara sekalipun.

Kami Adalah Jenama ‘Clean Beauty’

Bersesuaian dengan prinsip ‘clean beauty’ kami, kami akan sentiasa mengutamakan produk yang paling selamat dan paling berkesan, tanpa menjejaskan kualiti. Melalui formulasi yang berstandard lebih tinggi, kami yakin dapat menyokong kesihatan kulit yang optima dengan menggunakan hanya yang terbaik dan mengelakkan bahan yang berbahaya untuk kulit dan alam sekitar.

Kami telah berjanji untuk tidak akan menggunakan bahan-bahan yang berasal dari haiwan dan juga berjanji untuk melindungi rakan haiwan kita. Kami mahu produk dan formulasi kami selamat dan mengelakkan kemungkinan berlakunya penukaran penyakit dari haiwan ke manusia.

Capai kulit yang sihat bersinar tanpa perlu risau kerosakan kulit kerana semua produk kami tidak mempunyai bahan bertoksik, disumber secara langsung dari alam semula jadi dan bebas dari sebarang wangian. Seperti yang anda tahu, bahan pewangi adalah merupakan rumah kepada banyak jenis kimia berbahaya, dan anda tidak perlu risau, bebas wangian bermakna kulit ada juga bebas dari sebarang potensi kerengsaan.

Etika Kami

Bersandarkan dengan tiang etika yang kuat untuk membimbing kami, kami ingin menjadi jenama yang bukan sahaja memberikan produk yang berkesan dan transformatif, tetapi juga komited terhadap pelanggan, komuniti dan alam semula jadi dengan sebaik mungkin. Kami aktif berperanan dalam memilih dan memastikan bahawa setiap aspek produk kami disumber secara lestari untuk ketetapan masa hadapan. Kami memilih untuk mendapatkan semua bahan kami secara bertanggungjawab kerana kami mahu alam semulajadi dan hutan hujan tetap hidup dan sihat. Dari produksi sehinggalah kepada proses penjualan, kami sentiasa peka akan tanggjungawab kami terhadap alam sekitar.  

Semasa memilih pembungkusan untuk produk kami, kami akan sentiasa mendokong kitar semula. Kami hanya mahu melakukan yang terbaik untuk bumi kita - yang merangkumi membuat pilihan sedar untuk pembungkusan kami dan menjaganya sebaik mungkin.

Kami juga berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa bahan-bahan kami tidak mempengaruhi persekitaran dengan cara yang negatif. Kami tidak akan menggunakan bahan-bahan yang tidak lestari, seperti silikon misalnya, ia tidak dapat terurai secara biodegradasi dan apabila ia memasuki longkang menuju ke lautan, sudah tentu memberi impak negatif terhadap hidupan marin.