Apakah itu Wangian?

Wangian dalam produk penjagaan kulit pada dasarnya adalah bahan tambahan ke dalam formulasi untuk mengubah dan menambah aroma wangi, ianya tidak memberikan apa-apa faedah tambahan untuk kesihatan kulit.  

Terdapat dua jenis wangian yang harus kita tahu, sintetik dan semula jadi. Wangian sintetik dibuat dari komposisi bahan kimia, manakala wangian semula jadi pula dibuat dengan menggunakan bahan-bahan dari asal semula jadi, misalnya komponen Citral yang diambil dari buah citrus (namun komponen Citral ini juga boleh dibuat secara sintetik). Walaubagaimanapun, kedua-dua wangian sintetik dan semula jadi mengandungi pelbagai alergen yang boleh merengsakan kulit. Jadi, tanpa mengira sumbernya, wangian semula jadi mungkin menyebabkan kerengsaan seperti formula sintetik.

Mengapa Wangian ditambahkan ke dalam Produk?

Aroma atau bau akan menarik perhatian anda pada produk terlebih dahulu, dan bagi sesetengah orang, ia memainkan peranan yang agak besar ketika memutuskan produk mana yang hendak dibeli – itulah sebabnya mengapa sesetengah syarikat menekankan kepentingan meletakkan wangian, yang diharapkan dapat mempengaruhi anda untuk memilihnya.

Kita telah terbiasa dengan produk berwangian dan akan merasa jelik jika menghidu produk yang ‘natural’ dan berbau semulajadi. Selalunya, formulasi produk kecantikan yang paling berkesan tidak mempunyai bau yang terbaik, sebab itulah kebanyakan jenama memilih untuk mengubah bau semulajadi tersebut dengan menambahkan pewangi untuk menghilangkan bau semulajadi tersebut.

Apakah Contoh Jenis Wangian?
  • Wangian sintetik – Biasanya dilabelkan sebagai wangian (Fragrance), minyak wangi (Perfume) atau Parfum dalam senarai ramuan, ini adalah jenis wangian yang perlu anda jauhi dan elak. Wangian sintetik biasanya berasal dari petrokimia dan mengandungi terbitan phthalates dan benzene yang boleh membahayakan dan menyebabkan kerengsaan pada kulit. Ianya mengandungi berpuluh atau lebih komponen sintetik. 
  • Wangian Semula jadi - Wangian Semulajadi – Adalah komposisi yang diekstrak dari bahan semula jadi, seperti buah dan bunga. Proses pengekstrakan ini meninggalkan sebatian yang mempunyai aroma buah atau bunga asli, yang kemudian ditambahkan ke dalam formulasi produk untuk memberikan bau tertentu. Tetapi komposisi komponen semulajadi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kulit bertindak balas negatif dan menyebabkan kerengsaan.
  • Minyak Pati (Essential Oils) – Minyak pati selalunya digunakan di dalam aromaterapi. Tetapi untuk produk penjagaan kulit, minyak pati ini juga boleh memberikan kesan negatif pada kulit. Ianya juga diketogerikan sebagai wangian semulajadi, dan biasanya tidak dicampur dengan komponen lain, hal ini menyebabkan minyak pati mengandungi konsentrasi yang tinggi. Minyak pati Bergamot contohnya, adalah merupakan minyak pati yang paling photo-toksik.
Adakah Wangian Tidak Baik untuk Kulit?

Wangian hanyalah tambahan kepada formulasi dan tidak memberikan sebarang faedah kepada kulit. Penambahan wangian ini boleh menyebabkan kerengsaan dan reaksi negatif kepada kulit, terutamanya kepada kulit sensitif. Reaksi teruk ini termasuklah kegatalan, ruam, kermerahan dan kulit mengelupas, manakala alahan lebih teruk juga boleh terjadi seperti asma, eksima, mual dan juga psoriasis. Sebab inilah kami di OLUMES memilih untuk tidak menambah sebarang wangian pada produk kami, selain mengikuti garis panduan ketat Peraturan Kosmetik Eropah. Menurut peraturan ini, terdapat sejumlah 26 dan tidak lama lagi menjadi 82and semua Allergen ini perlu disenaraikan dalam senarai ramuan, iaitu minimum 0.001% dalam produk disapu dan 0.01% dalam produk dibilas. Walaupun terhad kepada 0.001 dan 0.01%%, ini tetap tidak menghalang pengeluar daripada memasukkan allergen berbahaya ke dalam formulasi mereka! allergan dibawah nilai tersebut tidak perlu disenaraikan dalam senarai ramuan, tetapi hakikatnya masih terdapat allergan dalam produk tersebut. Oleh itu, sangat penting untuk tetap berwaspada dan teliti serta cuba mengelakkan produk berwangian, kerana kita tidak akan tahu apa allergan yang ada di dalamnya.

Adakah Jenis Kulit Saya Akan terkesan dengan Wangian?

Mereka yang mempunyai kulit yang agak normal pastinya kurang terdedah kepada kesan alergen dari pewangi yang berbahaya. Mereka yang mempunyai kulit sensitif dan penghadang kulit yang rosak perlu paling berwaspada. Kulit sensitif biasanya lebih nipis dan mempunyai lapisan pelindung yang lebih sedikit, sebab itulah ia mudah diserang oleh penyerang luaran seperti bahan pencemar dan wangian.

Tetapi mereka yang mempunyai kulit yang normal juga tetap harus mengelakkan wangian. Walaupun kesan kerengsaan mungkin tidak dapat dilihat dan dirasai secara langsung, kerosakan ini boleh terjadi di dalam kulit, dan tanpa anda sedari, ini kemudian boleh menyebabkan kesan jangka panjang pada kulit.

Adakah Produk Bebas Wangian Juga Bererti ianya Tiada bau?

Produk tanpa wangian tidak bermaksud bahawa produk itu tidak mempunyai aroma atau bau. Dengan tiadanya wangian yang ditambahkan, produk itu akan mempunyai bau tersendiri yang berasal dari bahan ramuan semulajadinya, contohnya seperti bau minyak kepala atau bau fermantasi kimci!

Sebagai Rumusan

Wangian dikenali sebagai salah satu bahan penyebab kerengsaan dalam produk penjagaan kulit dan telah terbukti ianya tidak diperlukan dalam formulasi dan produk pasti lebih selamat tanpanya. Langkah terbaik adalah untuk mengelakkan produk berwangian, terutamanya juga anda mempunyai kulit sensitif.