Kebanyakkan orang merasakan mereka memiliki kulit jenis normal tapi sebenarnya mereka miliki jenis kulit yang berbeza dari sangkaan ini.
Mengetahui jenis kulit yang tepat adalah langkah pertama yang anda perlu tahu, kerana ia dapat membantu anda dalam menentukan jenis produk, bahan yang tepat didalamnya dan rawatan bagi membantu anda mendapatkan kulit wajah yang anda idamkan.
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengetahui jenis kulit anda:
LANGKAH PERTAMA
CUCI – Bersihkan wajah anda dengan pembersih lembut, ratakan buih pembersih keseluruh wajah, kemudian bilaskan dengan air sehingga bersih. Dengan ini, segala minyak dan kotoran yang terdapat di wajah sepanjang hari akan hilang dan kulit kembali segar.
Nota kaki : Ketika membersihkan muka, elakkan mencuci dengan kasar kerana ini boleh merosakkan penghadang semulajadi kulit anda.
LANGKAH KEDUA
TUNGGU – Tunggu selama 1 jam. Selama menunggu, kulit wajah anda akan kembali kepada kondisi asalnya dan ia akan menunjukkan karakteristik kondisi kulit yang anda miliki.
Nota kaki : Sepanjang menunggu @ melakukan rutin harian anda digalakkan tidak menyentuh wajah anda kerana dikuatiri ini akan menggalakkan jangkitan kuman dan inflamasi lain.
LANGKAH KETIGA
SELIDIK – Perhatikan perubahan kulit wajah anda terutama bahagian T (sekitar kening, dahi dan hidung). Kebiasaan kulit orang lain akan nampak normal tapi sebagian lain akan memiliki reaksi yang berbeza. Bergantung kepada jenis kulit, akan mengalami perubahan seperti berminyak, kering, dan kombinasi, malah akan ada sebahagian kulit yang tampil kemerahan dan ini merujuk kepada kulit yang sensitif.
Nota kaki : Perhati dengan sebaik-baiknya kerana penentuan jenis kulit yang salah akan membuatkan anda memilih produk, bahan dan rawatan yang tidak sepatutnya untuk kulit anda.
LANGKAH KEEMPAT
PEMILIHAN – Sebagai keputusan, anda akan dapat menentukan jenis kulit apa yang anda miliki. Jenis kulit terbahagi kepada 4 jenis iaitu normal, berminyak, kering dan kombinasi.
- Normal – Kulit tidak berminyak dan tidak kering dimana-mana bahagian. Bahkan, kulit ini terasa halus dan anjal. Jika ini yang terjadi, tahniah dan anda beruntung! 😀
- Berminyak – Jika dioleskan dengan tisu, permukaannya akan nampak berminyak. Bukan itu sahaja, kulit berminyak juga terdorong kepada liang pori besar dan terbuka, malah kulit akan tampak berkilat. Anda juga cenderung untuk mendapat jerawat dan blackheads. Penggunaan produk berasaskan gel dan air (water based) sangat digalakkan untuk jenis kulit ini.
- Kering – Permukaan kulit terasa kasar dan akan nampak serpihan sel kulit mati. Kebiasaannya, kulit kering akan terasa tidak selesa, dan juga mudah mendapat garis halus dan kedutan. Pelembab yang kaya (rich) sangat penting untuk jenis kulit ini.
- Kombinasi – Jenis kulit ini yang kebanyakannya dimiliki oleh setiap org. Jenis kulit ini memiliki ketiga-tiga karakter kulit seperti yang di atas. Kebiasaannya, kulit ini berminyak di bahagian T dan normal hingga kering dibahagian lainnya.
Nota kaki : Penentuan jenis dan masalah kulit yang tepat dapat membantu anda dalam pemilihan produk, bahan-bahan dan rawatan bagi memiliki kulit yang anda idam-idamkan! <3
LANGKAH KELIMA
MASALAH – Selepas dapat menentukan jenis kulit anda, biasanya akan ada 2 jenis masalah utama yang anda akan alami.
2 masalah utama itu adalah :
- Jerawat – Walaupun anda bukan lagi remaja tapi masalah ini sering terjadi kepada anda. Hal ini kerana, kebiasaan mereka yang memiliki kulit yang berminyak akan terdorong kepada masalah jerawat. Jadi pilihlah produk, bahan dan rawatan yang bagus untuk menanganinya!
Nota kaki : Jerawat terjadi bermula dari kulit yang berminyak, kemudian liang-liang pori besar dan tersumbat. Selain jerawat, blackheads dan whiteheads juga boleh terjadi jika anda tidak mendapatkan produk, bahan dan rawatan yang betul untuk masalah kulit yang berminyak.
- Sensitif – Kulit yang sensitif sangat mudah memberikan reaksi terhadap produk dan rawatan yang biasa. Hal ini akan jerumuskan kulit anda kepada kemerahan, terasa gatal dan mengalami ruam. Anda perlu buat pemilihan yang tepat dari segi produk, bahan dan rawatan yang anda ingin lakukan terhadap masalah ini. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati!
Nota kaki : Jika masalah kulit anda semakin teruk, kami sarankan anda untuk mendapatkan konsultasi dengan Pakar Dermatologi bagi menanganinya.
NASIHAT BUAT ANDA
- Banyakkan minum air dapat membantu kulit anda mengeluarkan sebum (minyak) lebih banyak ketika anda mengalami dehidrasi.
- Minum air dengan banyak juga menjadi salah satu hal yang penting untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Badan sihat, kulit menjadi bersih dan cantik.
- Kulit merupakan organ paling terbesar di badan anda, penggunaan produk, hidari stress, diet yang bernutrisi, gaya hidup yang cergas dan cerdas merupakan faktor-faktor yang dapat mengubah jenis dan kondisi kulit anda. Jadi amalkan dengan betul!
- Gunakan pembersih wajah dengan pH yang seimbang serta penyegar setelah membersihkan wajah. Jangan menunggu sehingga pH kulit wajah kembali normal untuk menggunakan penyegar!
- Semakin menua usia kita, semakin menua juga kulit kita. Jadi ia memerlukan perhatian dan rawatan dan lebih intensif.
- Jangan kerap mencuci muka anda! Hal ini kerana dapat mengeluarkan minyak alami kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Digalakkan mencuci wajah tidak lebih dari 3 kali sehari dan mestilah mengoleskan penyegar dan pelembab selepas itu.
- Sepanjang menstruasi kadang terjadinya jerawat di sekitar mulut dan dagu. Berikan rawatan yang khusus dibahagian ini.
TAHUKAH ANDA?
- Daerah T meliputi kawasan hidung, kening dan dagu. Jika disambungkan ketiga-tiga kawasan ini akan membentuk kepada huruf T dan dari situ terjadinya daerah T (T-zone).
- Badan anda akan mengalami perubahan hormon ketika waktu menopos dan akil-baligh dan ini juga dapat mempengaruhi perubahan kulit anda.