Pentingnya penggunaan skincare mengikut turutan

Peredaran zaman membuatkan manusia sentiasa berusaha untuk melakukan kemajuan dari pelbagai faktor, seperti kemajuan pembangunan, transportasi, telekomunikasi dan banyak lagi. Bahkan, kosmetik dan produk penjagaan kulit juga tidak mahu terlepas untuk mengikutinya.

Dahulunya, ibu dan nenek kita hanya menggunakan minyak sayuran sahaja kepada kulit mereka bagi mengekalkan kelembapan kulit mereka. Kini, dengan pembangunan teknologi yang pesat, kita disadarkan dengan pelbagai teknologi formulasi bahan-bahan aktif di dalam produk penjagaan kulit bagi memelihara keanjalan, kelembaban dan untuk kelihatan kekal muda. Namun, tidak semua formulasi bersesuaian untuk anda, ia hanya bergantung kepada sensitiviti kulit, jenis bahan di dalamnya, iklim cuaca persekitaran dan juga pencemaran globalisasi. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak dalam memilih produk dan bahan yang tepat mengikut jenis dan masalah kulit anda.

Menggunakan produk yang tepat merupakan salah satu aspek utk memiliki kulit yang sihat dan bersih. Namun, ada segelintir pengguna yang memandang enteng di dalam mengikuti urutan pemakaian produk walaupun dengan produk yang betul. Urutan pemakaian produk yang salah akan menyebabkan bahan aktif didalamnya kurang memberikan keberkesanannya pada kulit anda, dan saya percaya tiada satu orang pun mahu perkara sebegini berlaku kepada mereka. Sehubungan itu, anda digalakkan untuk mengikuti urutan penggunaan produk yang betul bagi memperolehi manfaat dan keberkesanan yang menyeluruh terhadap kulit anda.

Oleh itu, untuk memastikan anda menikmati manfaat yang maksimum dengan produk OLUMES kegemaran anda, berikut merupakan 4 langkah mudah untuk membimbing anda tentang urutan penggunaan produk dengan betul.

Langkah pertama : Bersihkan (Self Foaming Protein Cleanser)

Ini merupakan langkah pertama yang sangat mudah dan saya pasti tiada satu orang pun terlepas untuk melakukan langkah ini. Langkah ini adalah untuk membersihkan kulit anda daripada segala bendasing yang boleh menyumbatkan liang pori, kotoran dan minyak berlebihan setiap hari. Pastikan anda mencuci muka dua kali sehari pada waktu siang dan malam.

Pencuci muka ini berbuih lembut dan ringan tidak akan mengeringkan kulit, malah menjaga kelembapan kulit anda walaupun selepas mencuci. Bahkan, formulasinya yang menggunakan 7 jenis protin yang digandingkan bersama agen antioksidan dan ekstrak Kalalit yang bersifat anti-radang dapat memelihara kesihatan kulit dan dapat mengimbangkan *mikrobioma semula jadi kulit supaya kulit semakin lembut dan bercahaya. `

Sudah semestinya segala bahan didalamnya adalah semula jadi, bebas bahan yang terlarang dan bebas pewangi. Jadi, jika anda memiliki kulit yang sensitif, anda boleh menggunakannya dengan selamat.

*Mikrobioma merupakan koleksi mikroorganisma yang baik dan semulajadi terdapat pada kulit. Fungsinya adalah untuk membantu mengimbangkan kesihatan kulit dan mencegah kerengsaan kulit daripada berkembang. Kerana itu, kulit akan tampil sihat.

Langkah kedua : Segarkan (The Refining Lotion)

Selepas membersihkan kulit, pastikan anda menyapu penyegar pada kulit anda. Bertujuan untuk memperbaharui kulit dengan lembut, mengimbangi semula pH kulit, mengecilkan liang pori, dan menyiapkan kulit sebelum produk seterusnya. Untuk penggunaan yang lebih sempurna, pastikan anda menyapu dengan kapas bersih.

Selain itu, penggunaan penyegar ini dapat membantu kulit untuk menghilangkan penampilan kulit kusam, garis-garis halus dan melicinkan kulit. Ini adalah kerana, penggunaan bahan-bahan didalamnya yang diperolehi secara semula jadi dan digandingan pula bersama ekstrak Kalalit yang lagenda dan merupakan rahsia kecantikan awet muda orang Borneo.

Paling menarik, produk ini bebas dari segala kekejaman, pewangi tiruan, minyak pati, talkum, silikon, SLS/SLES, minyak mineral dan paraben. Selamat dan sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.

Langkah ketiga : Rawatkan (The Mighty Emulsion)

Selepas membersih dan menyegarkan kulit, kini tiba masanya untuk menangani sebarang masalah kulit dengan rawatan dengan serum. Lazimnya, produk didalam langkah ketiga ini, dirumuskan formulasinya secara pekat, tapi tidak dengan serum dwi aksi ini.

Teksturnya yang ringan dan mewah, dapat merangsang pembaharuan sel kulit dan peremajaan kulit dengan cepat. Padat dengan bahan aktif yang menyegarkan didalamnya dapat menggalakkan penampilan kulit yang lebih tegang, terangkat, licin dan bertenaga semula supaya kulit kelihatan lebih awet muda.

Bahan utamanya, bersatu bersama ekstrak Kalalit, Phycojuvenine (sejenis rumpai laut) terbukti dapat mengurangkan rupa kedutan mata dalam masa 28 hari sahaja, sambil melindunginya daripada kerosakan cahaya biru.

Walaupun kaya dengan bahan aktif, serum ini bebas dari segala bahan terlarang yang boleh mencetus kerengsaan kulit, supaya keberkesanannya dapat dirasai juga oleh mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.

Langkah keempat : Lembapkan (The Satin Cream)

Kini tibalah masanya untuk mengunci segala nutrisi dan kebaikan yang digunakan sebentar tadi dengan pelembab. Langkah ini bukan sahaja untuk membekalkan lembapan kulit, ia juga mengekalkan nutrisi dari semua rawatan sebelumnya, supaya kulit dapat manfaat dari segala bahan aktif didalam produk secara maksima.

Pelembab pemenang anugerah ini dapat memperbaiki tekstur kulit, melembutkan penampilan kedutan dan garis-garis halus, meremajakan dan meningkatkan keanjalan kulit untuk ditakrifkan semula kesan awet muda. Dibintangi oleh ekstrak Kalalit yang hebat dan diformulasikan dengan bahan semula jadi, diperakui oleh masyarakat Borneo karena kemampuannya untuk menenangkan kulit yang jengkel dan meradang.

Penggunaan khasiat alam semula jadi di dalam produk berkait rapat dengan jenama Clean Beauty kami, yang membawa nilai murni bahan di dalam setiap produknya. Bebas pewangi tiruan, minyak pati, talkum, silikon, SLS/SLES, minyak mineral dan paraben adalah tunjang utamanya. Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.

Selesai!

Sedar tak sedar anda telah berjaya mengikuti keempat-empat langkah dengan jayanya! Miliki produk penjagaan kulit OLUMES kesayangan anda di www.olumes.com dan manfaatkan apa yang anda pelajari harini secara konsisten. Kerana, konsistensi adalah kunci utama untuk anda berjaya memiliki kulit yang SIHAT, ANJAL dan AWET MUDA! ^_^

Produk berkaitan dalam artikel

Terbaik untuk digunakan bersama