TANGANI PENUAAN

Strategi menangani penuaan kulit

Penuaan kulit terjadi seiring dengan pertambahan usia seseorang itu, dan ini adalah proses semulajadi yang terjadi pada semua orang. 

Terdapat dua faktor yang menyumbang kepada penuaan (buka sahaja penuaan kulit tetapi penuaan menyeluruh termasuk rambut dan organ iaitu:

Faktor luaran: Penuaan kulit disebabkan oleh sinaran uv, merokok, pencemaran dan nutrisi yang tidak cukup. Faktor ini menyubang kepada radikal bebas dan menyerang sel sel badan dan menyebabkan penuaan sebelum usia.

Faktor dalaman: Penuaan kulit yang disebabkan oleh genetik seseorang itu. Hal ini sudah termaktub pada kod genetik seseorang dan biasanya kita dapat melihat penuaan ini daripada ayah atau ibu kita.

Tanda-tanda penuaan kulit termasuk :

  1. Munculnya kedutan: garis-garis halus dapat dilihat di sekitar mata, dahi dan mulut. Perkara ini terjadi apabila jaringan kolagen kulit semakin sedikit dan nipis
  2. Berkurangnya keanjalan kulit: kulit lebih kendur dan mula ‘jatuh’ di bahagian rahang. Ini juga terjadi kerana jaringan kolagen yang menumbang kepada keanjalan kulit semakin berkurangan
  3. Perubahan warna kulit: warna kulit bertukar kusam, dan lebih gelap. Bintik bintik hitam atau pigmentasi juga akan mula muncul. Ini terjadi apabila kulit menghasilkan lebih banyak melanin dan cenderung untuk berkumpul, maka terjadinya pigmentasi. 
  4. Kulit menjadi rapuh: kulit menjadi lebih nipis, lebih kering dan kasar. Ini disebabkan oleh kulit tidak mampu lagi mengeluarkan sebum sendiri, serta penghadang kulit yang lebih nipis dan tidak dapat menyimpan kelembaban. 

Cara menangani penuaan kulit :

Prevention is always the key! Gunakan produk penjagaan kulit yang khusus untuk melawan dan melambatkan penuaan seawal umur 20an. Persepsi bahwa produk penjagaan kulit anti penuaan hanyalah untuk mereka yang berusia lebih 40an adalah salah sama sekali. Penggunaan produk anti penuaan seawal umur 20an akan membantu kulit kekal muda lebih lama. 

Mereka yang berumur 40 tahun dan keatas harus bijak memilih produk penjagaan kulit yang bersesuaian seperti  pembersih yang tidak mengeringkan kulit,  toner yang melembab dan memulih, krim anti kedut dan anti pigmentasi, dan paling penting, serum yang mempunyai pelbagai fungsi anti penuaan.

Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat supaya badan dapat membekalkan kulit dengan nutrien yang cukup. Kebanyakan makanan yang diproses seperti chips, air bikarbonat, nugget dan lain-lain didapati tinggi kandungan gula dan garam dan ini terbukti adalah penyebab penuaan.

Sentiasa melindungi diri dari terdedah secara terus dari sinar matahari. Sinar matahari mengandungi cahaya ultraviolet yang terbukti boleh merosakkan DNA dan penyebab utama penuaan.