Produk VEGAN! Apa tu?
Produk yang diformulasikan berasaskan 100% tumbuhan dan langsung tidak menggunakan bahan-bahan yang berasaskan haiwan seperti daging, ikan, susu, telur, bulu haiwan.
Apa pula maksud produk HALAL?
Produk yang diformulasikan menggunakan bahan semulajadi yang berasaskan tumbuhan dan haiwan yang menepati syariat islam.
Kesimpulannya
Produk vegan adalah produk yang bebas sepenuhnya dari sumber haiwan, manakala produk berstatus halal mungkin mengandungi bahan haiwan tetapi hanya yang dibenarkan mengikut garis panduan Islam.
Bahan yang biasanya dijumpai di dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik dan berasaskan haiwan adalah gelatin, kolagen, lanolin dan madu. So, if you are vegan, please be careful!
Prinsip kami ❤️
Di OLUMES, kami memilih kepada Vegan kerana kami tidak mahu risiko jangkitan penyakit dari haiwan kepada manusia. Selain itu, kami juga Cruelty Free dan produk kami bebas wangian serta Environmentally Friendly.
Kami percaya menggunakan bahan semulajadi terhadap kulit adalah langkah yang terbaik kerana secara amnya tumbuhan lebih kaya dengan sumber vitamin, mineral dan antioksidan yang berkesan.