Anda mungkin sudah biasa mendengar bahan kimia yang tersembunyi dalam produk kecantikan dan penjagaan kulit di pasaran dan risiko mudarat olehnya.
Tetapi apakah sebenarnya itu, dan apakah sekarang ini anda masih lagi selamat untuk menggunakan pelembab atau krim dengan selamat, tanpa menyoalkan adakah anda sedang meracuni tubuh badan anda dengan produk ini?
Jawapannya adalah ‘Sudah semestinya!’
Kunci rawatan penjagaan yang sihat adalah untuk mengetahui apakah bahan dan fungsi bahan yang terdapat di sebalik botolnya. Walaupun itu memerlukan perhatian dan masa yang lebih, namun semua ini perlu dititik beratkan supaya dapat melakukan pencegahan awal terhadap kemungkinan buruk yang tidak diingini.
Untuk membimbing anda dalam pemilihan produk skincare yang betul, berikut merupakan 7 bahan kimia berbahaya yang anda harus elakkan dalam produk yang anda beli.
I focus on skincare. If the skin is not cared for, your skin will get mad at you.
– Park Min Young
Bahan 1 :
Ini adalah bahan yang paling kontroversi. Selalunya pengeluar produk yang menggunakan bahan ini akan menyembunyikan bahan ini dalam produk mereka, dan
pengguna yang memakai produk ini dalam tempoh singkat akan mengalami pengelupasan kulit dan seterusnya mendapatkan hasil yang sangat menakjubkan.
Apa yang pengguna tidak tahu, mereka telah menggunakan bahan beracun ini kepada kulit mereka untuk tempoh yang sekejap ini. Merkuri ini seterusnya diserap oleh kulit, dan badan akan bertindak balas terhadap racun ini. Hal ini boleh cenderung kepada diare, muntah-muntah, kerosakan ginjal dan lebih teruk boleh mengaktifkan sel penyebab kanser kerana zat karsinogenik didalamnya.
Bahan 2 :
Hidrokinon juga merupakan bahan yang disalahgunakan dalam produk pemutihan dan pencerahan kulit. Penggunaan yang kerap dan jangka masa panjang melebihi dari enam bulan, boleh menyebabkan hiperpigmentasi terutama pada bahagian yang terkena cahaya matahari secara langsung, jadi sangat ditegah untuk mereka yang memiliki kulit kering.
Hidrokinon juga boleh menyebabkan perubahan sel kulit baru kehitaman atau *Ochronosis dan kemungkinan besar tidak dapat dipulihkan kembali.
Tidak kira apa jenis produk kecantikan seperti kosmetik, penjagaan kulit wajah, mahupun rambut, bahan ini tetap dilarang penggunaannya sama sekali. Pada peringkat menengah saja, seseorang beresiko untuk mengalami masalah kondisi *Vitiligo atau *Leukoderma, yakni kulit akan kehilangan pigmennya dan menyebabkannya menjadi pucat yang tidak beraturan.Selain itu, hidrokinon juga boleh menyebabkan mutasi gen dan kerosakan DNA badan yang disebabkan oleh masalah *Karsinogen.
* FAKTA SAINS
-
Ochronosis adalah penyakit langka dengan ciri-ciri perubahan warna kulit menjadi kebiruan hingga kehitaman. Bukan hanya kulit, kondisi ini juga bisa terjadi pada lapisan kulit dalam (mukosa).
-
Vitiligo (sopak) adalah penyakit yang menyebabkan warna kulit memudar. Area kulit yang memudar biasanya bertambah besar seiring waktu. Selain bisa menyerang area kulit mana pun di tubuh, vitiligo juga dapat terjadi di bagian dalam mulut, mata, rambut, dan area kelamin.
-
Leukoderma atau juga disebut sebagai Achromoderma, adalah tanda klinis ketika terjadi perubahan lapisan kulit dalam menjadi berwarna keputihan dan seperti berselaput.
-
Karsinogen adalah bahan atau pendedahan yang boleh menyebabkan kanser. Contohnya termasuk bahan kimia di rumah dan tempat kerja, sinaran alam sekitar atau perubatan, asap, dan juga beberapa virus dan ubat.
Bahan 3 :
Paraben merupakan bahan pengawet yang banyak digunakan dalam segala jenis produk kecantikan dan penjagaan diri, bermula dari sabun hingga ke lotion sebagai bahan utamanya. Oleh kerana bahan ini dapat membantu pencegahan bakteria di dalam produk yang berasaskan air.
Jenis paraben yang sering digunakan dalam produk yang anda perlu tahu adalah :
- Methylparaben
- Propylparaben
- Isopropylparaben
- Isobutylparaben
Jadi, kalau anda terlihat perkataan ‘paraben’ didalamnya, ELAKKAN!
Bahan kimia ini dikenali sebagai *Endokrin, sangat berbahaya kerana kemampuannya untuk meniru estrogen dalam tubuh dan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan, malah lebih teruk anda boleh menghidapi kanser payudara!
Sebagai contoh penyelidikan terbaru menemukan konsentrasi paraben,khususnya methylparaben, pada tumor payudara penghidap kanser tersebut. Selain itu, penyelidikan lain juga menemukan 99% dari semua tumor kanser payudara mengandungi bahan paraben ini. Jadi buat para wanita diluar sana, sentiasa berhati-hati dan memandang serius dengan bahan ini!
*FAKTA SAINS :
- Endokrin adalah berkenaan tumbesaran hormon oleh sesuatu organ atau struktur secara terus ke dalam darah atau limfa.
Bahan 4 :
Bahan ini sangat tidak asing dengan semua produk kecantikan dan penjagaan kulit. Hampir setiap produk konvensional ini mengandungi pewangi tiruan ini, bahkan produk yang tiada pewangi juga akan diberikan wangian. Tambahan pula, ramai antara kita membeli produk mesti memastikan wangian yang digunakannya adalah menarik sebagai daya tarikan utama untuk mencubanya.
Oleh itu, ramai pengeluar menggunakan pewangi tiruan ini didalam produk kerana ianya jauh lebih murah daripada mengekstrak bau semula jadi.
Bahan 5 :
SLS/SLES adalah bahan yang sangat sensitif dan sering digunakan dalam produk kecantikan dan penjagaan kulit. Terutama sekali bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, bahan ini perlu dielakkan kerana boleh memudaratkan kondisi kulit kepada lebih teruk.
Selain itu, bahan ini kemungkinan besar juga boleh menyebabkan kanser, ini disebabkan potensinya untuk mencipta karsinogen tersendiri yang dipanggil *Nitrosamin. Tambahan pula bahan ini boleh menghilangkan minyak dan kelembapan alami kulit dan menyebabkan kulit menjadi kering dan mengelupas selepas penggunaannya, lebih teruk kulit akan alami alahan dan kemerahan.
*FAKTA SAINS :
- Nitrosamin terbentuk oleh tindak balas antara nitrat atau nitrit dan amina tertentu.
Bahan 6 :
Bahan ini merupakan bentuk gas tidak berwarna dalam bentuk asalnya. Ia juga digunakan sebagai bahan pengawet yang sering digunakan didalam produk kecantikan dan penjagaan kulit pada hari ini. Apa yang anda tidak ketahui, bahan lain akan dicampur bersama didalam produk bagi membebaskan gas formaldehid secara perlahan-lahan.
Bahan yang disebut adalah :
- Imidazolidinyl Urea
- Diazolidinyl Urea
- Bronopol
- DMDM
- Quaternium-15
Bahan ini dilarang untuk digunakan dalam produk kerana boleh merengsakan kulit. Selain itu, bahan ini juga salah satu karsinogen yang berkait dengan asma, *Neurotoksik dan perkembangan *Toksisitas.
Masa kini, untuk menjana keuntungan yang tinggi, banyak pengeluar menggunakan bahan ini secara alternatif di dalam produk pengeluaran mereka, kerana kosnya yang rendah dan mudah untuk memperolehnya.
*FAKTA SAINS :
- Neurotoksisitas adalah keracunan otak dan sistem saraf
- Toksisitas adalah peringkat rosaknya sesuatu zat bila terdedah pada sesuatu organisme.
Bahan 7 :
Lotion pelindung matahari terbahagi kepada dua bentuk yang berbeza, iaitu filter kimia dan mineral. Oxybenzone ini biasa digunakan di dalam lotion pelindung matahari jenis filter kimia, kerana kemampuannya untuk menyerap *Sinaran UV Beta (UVB) dan *Sinaran UV Alpha (UVA), harus dielakkan menggunakannya dengan apa cara sekalipun, terutama kanak-kanak! Untuk yang terbaik dan selamat, gunakan pelindung matahari jenis mineral!
Selain itu oxybenzone juga terdapat di dalam alat solek dan lip balm yang menyatakan ‘pelindung SPF’ pada bungkusannya. Oxybenzone ini juga terdapat nama lainnya yang popular, iaitu Octinoxate dan Octocrylene. Bahan ini dikategori sebagai bahan terlarang kerana ia mampu menyebabkan alahan, kemerahan dan kerengsaan yang teruk pada kulit.
Yang menjadi kembimbangan adalah, badan kita mudah menyerap bahan ini. Ia boleh menyebabkan bahan ini terkumpul di dalam badan, akhirnya membawa kepada tahap yang berpotensi kepada toksik yang boleh menjejaskan sistem endokrin dan mengubah fungsi tiroid di dalam badan. Hal ini merujuk kepada hasil kajian, dimana oxybenzone juga mampu meniru hormon estrogen, dan jerumus membawa kepada kanser kulit dan payudara.
*FAKTA SAINS :
- Sinaran UV Beta bertanggung jawab menghasilkan selaran matahari (sunburn). Cara mudah untuk mengingatnya ialah UVB menyebabkan burning (terbakar). Sinaran UVB juga memainkan peranan paling besar dalam menyebabkan kanser kulit.
- Sinaran UV Alpha menembusi lebih jauh ke dalam kulit dan memainkan peranan yang lebih besar dalam penuaan kulit termasuk pembentukan kedut muka. Oleh itu, ingatlah UVA menyebabkan aging (penuaan). UVA juga memainkan peranan dalam pembentukan kanser kulit.
Kesimpulannya
Kebanyakkan bahan-bahan ini mudah terdapat di dalam produk timbang kilo yang sangat meluas di pasaran pada masa kini. Jadi BERHATI-HATILAH sebelum membelinya.
Untuk memudahkan anda, sini kami sediakan tips untuk anda sebelum membeli atau mencuba produk penjagaan kulit yang baru :
- Kenal pasti keadaan jenis dan masalah kulit
- Perhatikan alergi kulit jika ada.
- Pastikan fungsi produk bersesuaian kepada masalah semasa kulit anda.
- Kenal pasti bahan yang digunakan didalamnya.
- Periksa tarikh luput produk.
- Sentiasa berasa curiga apabila produk tersebut bertekstur likat, berwarna kuning, dan apabila digunakan, ianya mengupas kulit (berkemungkinan mengandungi mekuri dan hydroquinone)
Bertukar kepada jenama CLEAN BEAUTY!
Untuk lebih senang, mulakan penjagaan kulit anda dengan jenama CLEAN BEAUTY kami kerana :
- OLUMES produk 100% VEGAN dan bebas kekejaman.
- Produk pemenang anugerah.
- Bebas 7 bahan kimia berbahaya dan terlarang seperti yang diatas.
- Produk formulasi dari bahan botani.
- Dan paling best, kami sediakan konsultasi secara percuma hingga anda perolehi kulit yang anda idam-idamkan! 🙂