Bahaya produk Merkuri dan Hydroquinone!

Produk yang mengandungi merkuri dan hydroquinon menjanjikan transformasi kulit yang cepat. Kulit licin, cerah bak telur dikupas, ramai yang tidak tahu kesan buruk penggunaan produk ini dan sudah ramai yang menjadi mangsa. 

Produk bermekuri bukan hanya akan merosakkan kulit pada masa panjang, malah juga akan memudaratkan kesihatan. Ianya boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, sistem saraf, dan merosakkan perkembangan otak bayi dan janin.

Manakala produk yang mengandungi hydroquinon, jika penggunaanya tidak dipantau oleh doktor akan membuatkan kulit peka terhadap sinaran matahari dan berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kulit.

Ciri-ciri produk yang mengandungi bahan terbitan merkuri atau/dah hydroquinone :

  1. Krim tersebut likat dan berkilat
  2. Selalunya dibungkus dalam bentuk jar dan bersize kecil
  3. Selalunya akan berwarna kuning pekat
  4. Bau yang agak tengik
  5. Bahagian tepi bekas krim atau tempat pembukaan akan ada kesan krim yang telah teroksidasi, iaitu berawarna hitam atau cokelat pekat.
  6. Jika dipakai pada kulit, kulit akan terkelupas dan berasa pedih atau perit apabila mencuci muka atau menyapu produk lain
  7. Kulit akan mudah terbakar dan kemerahan

Apakah kesan kepada kulit jika berhenti menggunakan produk ini?

  1. Kulit bertukar menjadi kusam dan gelap 
  2. Kulit nampak terbakar
  3. Akan timbul jeragat teruk
  4. Akan timbul jerawat teruk 
  5. Kulit akan menjadi lebih sensitif

Apa berlu dibuat jika terpakai produk bermerkuri?

  1. Berhenti penggunaan serta merta
  2. Berjumpa doktor atau pakar kulit untuk nasihat seterusnya
  3. Bertukar kepada produk yang selamat

Pilih produk jenama CLEAN BEAUTY!

Jaminan 100% produk berasaskan VEGAN dan tiada kekejaman terhadap haiwan.  Ia bebas daripada pewangi, minyak pati, talkum, silikon, SLS/SLES, minyak mineral, paraben dan bahan kimia terlarang seperti MERKURI dan HYDROQUINON!

terokainya sekarang