BEBAS JERAWAT

Jerawat adalah keadaan kulit yang rengsa dan terdapat benjolan merah atau bernanah di permukaan kulit, terutamanya kulit muka. 

Terdapat 3 jenis sifat jerawat iaitu bersifat ringan, sederhana dan parah. Jerawat ringan dapat dikenali dengan sifatnya yang berbintik kecil dan benjolan merah, sedangkan jerawat yang bersifat sederhana dan parah pula merangkumi ruang yang lebih luas bukan sahaja pada bahagian muka, malah ke bahagian leher dan badan.

Kebiasaannya situasi ini terjadi kepada waktu remaja dimana pada waktu ini hormon sangat aktif dan mengakibatkan banyak minyak pada wajah, dan akan berkurangan apaliba meningkat dewasa.

Tetapi juga ada sebahagian orang dewasa yang mengalami masalah jerawat yang disebabkan juga oleh ketidakseimbangan hormon, pemakanan dan gaya hidup. 

PUNCA

Jerawat tumbuh akibat liang pori tersumbat oleh minyak, sel kulit mati dan juga kotaran bendasing. liang pori yang tersumbat ini kemudiannya dijangkiti oleh kuman, dan bahagian tersebut akan mula mengalami kemerahan dan mula membengkak. 

Jika sel kulit menjadi rosak akibat jerawat ini, maka bekas luka dan parut gelap dan ‘berlubang’ akan terbentuk. 

GEJALA

Gejala jerawat bergantung kepada bermacam-macam situasi bergantung kepada keadaanya. Antara gejala tersebut adalah :

  • Benjolan kecil dan besar berwarna merah
  • Bintik-bintik hitam
  • Tekstur kulit berbiji-biji
  • Benjolan Bernanah dan luka
  • Kulit terasa panas apabila dipegang
  • Benjolan merah sakit apabila dipegang
Gambar sekadar ilustrasi

BAHAN AKTIF

  1. Salicylic Acid
    Salicylic Acid merupakan kandungan dalam produk skincare yang larut minyak, jadi bahan ini akan mencairkan dan membersihkan kotoran yang tersumbat di dalam pori.
  2. Benzoyl Peroxide
    Kandungan ini juga dikatakan sangat  berkesan dalam menangani masalah jerawat, sehinggakan pelbagai jenama produk skincare menggunakan kandungan ini didalam produknya.

    Disarankan penggunaan bahan ini didalam produk adalah sebanyak 2.5%. Meskipun, ianya sudah cukup ampuh dan kuat didalam kesahilannya. Oleh yang demikian, hindarilah produk yang tinggi penggunaan Benzoyl Peroxide didalamnya kerana ia boleh membawa kepada iritasi keatas kulit anda.
  3. Tea Tree Oil
    Telah menjadi lazimnya bahan ini antara salah satu bahan yang terbaik dalam merawat masalah kulit berjerawat.Dipercayai, terdapat kandungan antibakteri dalam bahan ini yang dapat membersihkan kotoran yang tersumbat yang menyebabkan jerawat.

    Namun yang demikian, untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, disarankan untuk memakainya dalam bentuk berperingkat dan dalam jumlah yang sedikit bangi mengelakkan iritasi kulit.
  4. Alpha Hydroxy Acids (AHA)
    Kandungan AHA yang terdapat didalam produk skincare dapat membantu meredakan kerengsaan pada kulit yang berjerawat.Tambahan pula, kandungan ini juga dapat membantu mengecilkan liang-liang pori di kulit wajah.

    AHA dibagi menjadi dua jenis yang biasa ditemukan dalam produk skincare, yakni glycolic acid dan lactic acid. Kebanyakan produknya dibuat dalam bentuk penyegar atau serum.
  5. Clay
    Clay merupakan kandungan yang umum ditemukan di produk-produk masker wajah terutama untuk masalah kulit berjerawat. Bahan ini dipercaya mampu membantu mengangkat kotoran dan minyak yang tersumbat.
  6. Retinoid
    Retinoid juga boleh dikategori sebagai salah satu bahan yang dapat membantu mengobati jerawat dan bahan ini boleh ditemui dalam bentuk krim picit. Sebagai permulaan, digalakkan menggunakannya dalam bentuk dos kecil dan oleskan pada bahagian wajah yang adanya jerawat. Hal ini kerana, untuk menghindari berlakunya breakout dan iritasi pada kulit wajah.
  7. Sulfur
    Sulfur atau belerang merupakan bahan alami yang dikatakan juga ampuh membantu meredakan jerawat. Bukan itu sahaja, bahan ini juga dipercaya mampu untuk membantu menyembuhkan bekas luka akibat jerawat dan memudarkan bintik-bintik hitam.
  8. Vitamin C
    Secara rasminya bahan ini dikenali sebagai asid askorbik, Vitamin C adalah antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang. Ia boleh membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak pada kulit yang berjerawat.
  9. Ekstrak tumbuhan
    Terdapat banyak ekstrak tumbuhan yang sangat berkesan dalam memerangi jerawat, contohnya ekstrak Kalalit yang mengandungi Brazallin yang bertindak sebagai bahan anti-inflamasi.