Pakai RETINOL tapi tak nampak kesan?

Ramai yang berlumba-lumba untuk mencuba produk berasaskan Retinol, tetapi ramai juga yang kecewa tidak mendapat hasil yang diiklankan.


Apakah sebenarnya Retinol?

Retinol adalah salah satu bentuk atau bahan terbitan Vitamin A. Terdapat banyak bentuk atau nama terbitan Vitamin A ini, termasuklah Retinaldehyde, Retinyl Propionate, Retinyl Palmitate, Tretinoin dan sebagainya. 

Ramai yang tidak tahu bahawa Retinol akan melalui proses penukaran kepada Retinaldehyde dan seterusnya kepada Asid Retinoid untuk ianya berkesan dan membeli hasil kepada kulit.

Perlu ingat, kadar penukaran Retinol kepada Asid Retinoid  ini bergantung kepada banyak faktor, seperti keadaan kulit, produk lain yang dipakai, dan juga kualiti Retinol dalam produk itu sendiri (kualiti Retinol bergantung kepada kestabilan formulasi).

Produk penjagaan kulit yang mengandungi Retinol hanya akan berkesan jika proses penukaran (dari Retinol kepada Asid Retinoid) berlaku dengan berjaya setelah ianya disapu pada kulit. 

Malah, proses penukaran ini mungkin tidak berlaku yang akan menyebabkan tiada apa-apa faedah atau kesan dapat dilihat pada kulit. 


Retinol versus AHA/BHA/PHA

RetinolAHA/BHA/PHA
FungsiMempercepatkan pembaharuan kulitMempercepatkan pembaharuan kulit
Penukaran bentukRetinol > Retinaldehyde > Asid RetinoidTiada
KeberkesananBergantung kepada kulit, produk yang digunakan bersama, dan formulasinyaSemerta-merta

Asid retionid berkesan untuk mempercepatkan pembaharuan kulit, fungsi yang lebih kurang sama dengan penggunaan asid AHA/ BHA/PHA

Berbeza dengan retinol, penggunaan asid seperti Alpha/Beta/Poly Hydroxy Acid dengan serta merta dapat menanggalkan kulit mati dan memperbaharui kulit tanpa perlu ditukarkan kepada bentuk lain, dan hasilnya adalah serta merta!

Bagi pendapat anda, yang mana lebih mudah untuk digunakan?


Cuba, The Refining Lotion kami!

  • Adalah merupakan toner dan exfoliant yang lembut namun berkesan dengan pantas pada kulit.
  • Formulasi AHA/BHA/PHA yang seimbang berkesan memperbaharui kulit tanpa iritasi
  • Ekstrak Kalalit bertindak sebagai anti inflamasi manakala ekstrak tumbuhan di dalamnya mampu menyuburkan dan menenangkan kulit.
  • Jangan lupa memakai sunblock at least SPF30.

INGAT!!

Semua jenis Retinol adalah tidak sesuai untuk ibu mengandung kerana ianya boleh menyebabkan kecacatan janin.