TEKNIK DOUBLE CLEANSING

Double cleansing merupakan teknik pembersihan wajah berganda dan teknik ini melibatkan penggunaan 2 jenis pembersih dalam masa yang sama. Teknik double cleansing ini digunakan untuk menanggalkan solekan wajah yang tebal atau pun sunscreen yang kalis air (waterproof).

Ini melibatkan penggunaan pembersih pertama yang berasaskan minyak (oil based), atau jenis susu (milk) dan diikuti oleh pembersih berbuih biasa anda.

Teknik double cleansing ini boleh diimplementasikan pada setiap rutin harian penjagaan kulit wajah anda. Jangan risau, disini kami akan cuba bantu anda untuk lebih kenal apa itu double cleansing dan cara aplikasi mengikut kulit yang bersesuai.

Jenis pembersih yang disarankan oleh kami :

  1. Pembersih berasaskan minyak (Cleansing Oil)
  2. Pembersih berasaskan susu (Cleansing Milk)
  3. Pembersih berasaskan balm
    (Cleansing Balm)

Jenis pembersih yang tidak disarankan oleh kami :

  1. Tisu basah (Cleansing wipe)
  2. Pembersih berasaskan air (Micellar water)

PENTING ATAU TIDAK TEKNIK DOUBLE CLEANSING?

Sudah semestinya teknik ini sangat penting kerana ia merupakan langkah pertama pada setiap kali anda melakukan rutin penjagaan kulit. Selain itu, teknik ini dapat membantu anda mendapatkan kulit yang bersih secara menyeluruh dan bebas dari segala solekan tebal dan pelindung matahari atau pun bendasing lain.

Walau bagaimanapun, teknik ini bukanlah wajib untuk dilakukan dalam setiap rutin penjagaan kulit wajah anda. Ia bergantung kepada keadaan kulit anda :

  • Normal to oily skin (wajib pada setiap kali rutin)
  • Normal to dry skin (satu kali sahaja pada waktu rutin sebelah petang)

Rutin ini WAJIB bagi mereka yang gemar mengenakan solekan tebal dan menggunakan sunscreen/sunblock, dan tidak kira apa jenis kulit yang kamu miliki. Kebiasaan foundation atau bedak asas dan sunblock diformulasikan berasaskan minyak, dan hanya minyak yang boleh meninggalkannya.

Tambahan pula, teknik double cleansing ini juga dapat memberikan manfaat kepada mereka yang memiliki kulit yang berminyak kerana ia mampu membantu menanggalkan lebihan minyak pada kulit wajah anda secara mendalam.

SIAPAKAH YANG PATUT LAKUKAN TEKNIK DOUBLE CLEANSING?

Selagi anda bernafas dan mempunyai kulit, selagi itu anda memerlukan teknik ini XD – Sekadar gurauan.

Tidak kira anda menggunakan solekan tebal atau pun tidak, anda tetap digalakkan untuk melakukan teknik double cleansing ini, disebabkan oleh kehidupan seharian kita sudah semestinya terdedah dengan cuaca yang tidak menentu dan pencemaran udara. 

Semestinya teknik double cleansing ini dapat membantu kulit anda bebas dari bendasing lain dan bagi anda memiliki kulit yang bersih dan sihat.

  1. Oleskan Cleansing Oil/Cleansing Milk/Cleansing Balm diatas permukaan wajah anda dalam keadaan kering.
  2. Bilas dengan air yang bersih
  3. Bersihkan wajah anda dengan pencuci wajah yang kebiasaan anda guna didalam setiap rutin.
  4. Bilas dengan air yang bersih.
  5. Oleskan segala produk penjagaan didalam rutin sehingga anda selesai
  6. Itu sahaja. Senangkan! 🙂